Saturday 8 October 2016 @ 01:52:00

Hari ini langit cerah cuaca pun baik. Duduklah aku di atas katil yang disediakan kolej tidaklah besar tetapi selesa bagi siswi seperti aku untuk merehatkan diri. Jauh aku termenung mengenangkan peristiwa itu kembali. Ia bukanlah peristiwa tetapi kenangan bagiku. Bukanlah kenangan manis bukan juga kenangan pahit tetapi kenangan yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Aku memejamkan mata membayangkan semula kenangan itu. Kuat dalam ingatanku, ketika itu pada malam 20/9/2016 jam 8 malam aku seperti biasa akan pergi ke bilik tutor untuk menjalankan tugasku sebagai seorang siswi iaitu menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah bersama seorang temanku. Dalam perjalanan ke bilik tutor, aku menelefon ibuku. Itu sudah menjadi satu kewajipan bagiku untuk menelefon ibuku. Kami pun berbual seperti biasa. Sudah habis berbual aku pun sudah sampai ke destinasi yang dituju. Sesampainya aku di bilik tutor, rupanya temanku sudah sampai dahulu dan dia menungguku. "Hai," tegurku dan kami pun berbual sebentar lalu masing-masing melakukan kerja masing-masing. Ketika itu sudah agak lama melakukan kerja kami pun sudah agak bosan dan kami pun mendengar lagu dan mencari lagu yang best. Kami pun berbual dan bergelak tawa. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, nama ibu terpapar diskrin telefon. Aku pun menjawab panggilan itu. "Hello, ibu. Kenapa?' Hatiku berasa aneh kerana aku baru sahaja berbual dengan ibuku sebentar tadi. "Kakak, kalau ibu cakap kakak jangan terkejut," kata ibu ku di hujung talian. Aku menjadi semakin tidak sedap hati dan aneh. "Kenapa ibu?" kataku. "Ayah masuk hospital kak. Tadi ayah rebah di rumah lepas makan. Ini ayah nak dibawa ke hospital Pontian naik ambulan," kata ibuku sambil menangis. Ketika itu aku terus hilang kata-kata. Aku tidak tahu mahu berkata apa. "Okay, ibu," kataku kepada ibuku. Itu sahaja yang mampu aku katakan kepada ibu ketika itu tetapi hati kecilku berkata "Ibu, maafkan kakak. Kakak tidak ada disamping ibu ketika ibu memerlukan teman untuk memberikan sokongan." Hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya aku ketika itu. Yalah kan, anak mana yang tidak risau sekiranya mendapat berita bahawa ayahnya masuk hospital. Selepas habis bercakap dengan ibuku di telefon, air jernih sudah bertakung dikelopak mataku. Sebelum dapatku tahan, air jernih itu telah menitik satu persatu. Temanku yang melihat aku menangis pun bertanya, "Kenapa?" lalu aku pun menceritakan yang ayah aku masuk hospital. Tanpa segan silu air jernih itu mengalir semakin laju. Temanku yang melihat aku menangis itu cuba menyedapkan hatiku dengan berkata, "Jangan risau. Ayah kau tidak akan apa-apa. Doa banyak-banyak." Mendengar ayat itu aku menjadi sedikit lega dan meneruskan kerjaku yang terbehenti tadi. Walaupun aku cuba untuk fokus menyiapkan kerja itu tetapi hatiku tetap risaukan ayah. "Bagaimanakah keadaan ayah? Okay ke dia? Teruk ke sakitnya?" Soalan-soalan itu bermain di mindaku. Tepat jam 10 malam kami pun hendak pulang ke bilik masing-masing. Ketika dalam perjalanan menuju ke bilik kami, telefonku berdering lagi dan nama ibu terpapar di skrin telefonku. Aku pun tanpa memikirkan apa-apa terus menjawab panggilan itu. "Hello, ibu," kataku. "Kakak ayah hendak dibawa ke Hospital Sultanah Aminah sebab di Hospital Pontian tiada kelengkapan yang cukup. Ni ibu nak naik ambulan dah," beritahu ibuku. "Oh, okay ibu," itu jugalah ayat yang mampu aku katakan kepada ibuku. Maafkan kakak ibu. Ketika ibuku memberitahu itu dia menangis lagi. Selepas habis berbual dan aku mendengar tangisan ibuku aku seperti tidak mempunyai mood dan temanku tahu bahawa aku risaukan ayahku. Dia pun berkata, "Kau okay tak ni? Jangan fikir sangat. Ayah kau akan okay." Temanku cuba untuk membuat aku gelak dan senyum dan berhasil. Aku berterima kasih sangat padanya ketika itu kerana sekurang-kurangnya aku tidak bersendirian dan ada seseorang yang cuba untuk menyedapkan hatiku. Jalan punya jalan sudah sampai di hadapan blok. Seperti biasa kami akan berbual sebentar sebelum mengucapkan "Bye. Jumpa esok." Aku pun meneruskan perjalanku ke bilik. Sesampainya aku di bilik aku memang sudah tidak mempunyai mood langsung untuk melakukan apa-apa dan hatiku tiba-tiba menjadi sedih lalu aku pun baring di atas katil dan tidur.

PAGI KEESOKAN HARINYA.
Pada keesokan pagi, aku seperti biasa bangun lebih kurang jam 5 pagi dan seperti biasa aku akan memeriksa telefon bimbitku dahulu. Pada ketika itu, ada whatsapp masuk dari pak cik ku dan ibuku. Pak cik ku merupakan adik kepada ibuku. Dia menyuruhku untuk memohon cuti dan pulang. Ibuku pula memberitahuku bahawa ayahku menghidapi penyakit strok dan tidak sedarkan diri. Ayahku ditempatkan di wad kecemasan ataupun lebih dikenali sebagai icu pada ketika itu. Aku menyangkakan ayahku tidaklah teruk dan aku tidak menyangkakan yang ayahku akan menghidapi strok. Ketika itu juga, aku menangis sekuat-kuatnya mungkin sebab aku sudah tidak mampu menahan lagi kesedihan hati. Roommateku yang mendengar aku menangis seperti orang sudah hilang akal itu cuba memujukku. Dia menyedapkan hatiku dan aku pun berhenti menangis. Aku kuatkan diri bangun dan bersiap untuk pergi ke kelas. Setelah siap semuanya, aku bertanya kepada ibuku mengenai cuti yang pak cik ku bertanyakan kepadaku tadi melalui whatsapp.
                                  
                                 Fatin : Ibu, kalau akak mohon cuti ada orang nak ambil ke?
                                 Ibu    : Nanti cik Salleh dengan nenek yang ambil akak.
                                 Fatin : Oh, kalau macam tu ibu telefonlah hep.
                                 Ibu    : Okay kak, nanti ibu dah telefon hep ibu call akak.
                                 Fatin : Okay ibu.

Aku pun terus pergi ke kelas dan waktu pertamam pada pagi itu adalah kuliah jadi bagiku agak ringan sedikit. Aku pun masuk ke dewan kuliah dan mencari tempat untuk duduk. Selepas itu, semakin ramai siswa dan siswi yang kuatkan hati mereka masuk untuk menuntut ilmu demi ibu bapa dan masa depan yang cerah walaupun aku tahu mereka semua teramat lah penat. Tepat jam 8 pagi kuliah pun bermula seperti biasa. Aku asyik melihat telefon bimbitku kerana aku menunggu berita dari ibuku. Tidak lama selepas itu, ada whatsapp masuk daripada ibu ku mengatakan bahawa dia sudah menelefon hep iaitu pejabat di kolej ku dan pihak hep meminta ku untuk datang ke pejabat sekarang. Ketika itu aku menjadi sebersalah untuk keluar kerana kuliah sedang berjalan. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk keluar juga. Sampai di hep, pihak hep meminta aku untuk mengisi borang dan mereka memberikan cuti selama 4 hari. Setelah selesai semuanya, aku pun mengucapkan terima kasih dan kembali ke dewan kuliah. Selepas tamat kuliah yang kedua, aku terus tidak masuk kelas dan balik ke bilik untuk mengemas barang untuk dibawa balik. Setelah siap kemas semuanya, aku menunggu kedatangan pak cik dan nenek untuk mengambilku. Aku menunggu dengan sabar sambil berbaring di atas katil. Ketika itu, fikiranku mula menerawang dan aku mula memikirkan hal yang bukan-bukan. Tiba-tiba, aku mersakan ada air yang mengalir membasahi pipiku. Aku cuba kuatkan hati dan berhenti memikirkan hal sebegitu. Oleh sebab aku rasa sudah terlalu menunggu mereka tetapi masih belum sampai, aku menelefon ibuku bertanyakan bahawa pak cik dan nenek ku sudah berada di mana. Tidak lama selepas itu, aku mendapat mesej daripada adikku menngatakan bahawa kereta rosak dan ketika itu aku tidak tahu mengapa hati kecilku berkata, "Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan kepadaku," lalu tanpa segan silu air mata ku mengalir deras di pipi. Hati seorang anak yang risaukan ayahnya dan tidak sabar untuk melihat keadaan ayahnya tiba-tiba mendapat berita bahawa kereta rosak. Astaghfirullahalazim, berikanlah kesabaran kepadaku. Aku pun terus bertanya kepada adikku bagaimana keadaan sekarang dan kereta sudah okay ke belum. Ketika itu, ada seseorang yang aku betul-betul mahu jumpa sebelum aku balik. Aku berkata sendirian di dalam hati, "Ya Allah, aku betul-betul mahu berjumpa dengan dia sebelum aku pulang." Pada pukul 1 petang merupakan waktu rehat bagi pelajar kolej di sini, pak cik dan nenek ku pun belum sampai lagi lalu aku bertanyakan kepada orang itu lokasinya. "Kau kat mana ni?" tanyaku melalui whatsapp. "Cafe," balasnya. "Okay jap aku datang," balasku kembali. Aku pun bawa semua barangku turun dan aku terus menuju ke cafe. Aku menunggu dia di salah satu meja di cafe itu dan dia pun datang. Ayat pertamam dia kepadaku, "Kau okay tak ni?" "Okaylah," balasku. Dia pun terus membeli makanan dan ketika dia membeli makanan pak cik yang ditugaskan untuk mengambilku menelefon dan mengatakan bahawa di sudah sampai. Aku pun terus bangun dan pergi ke tempat dia membeli maknan dan mengatakan pak cik sudah sampai. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku bawa dia sekali pulang. Hahaha, gedik betul aku ini. Aku pun terus membawa semua barangku dan masuk ke dalam kereta dan bermulalah perjalananku menuju ke hospital. "Ayah, akak datang ini. Tunggu akak ya ayah," termenung aku sendirian di dalam kereta. Setelah beberapa jam perjalanan, aku, adikku dan nenekku sampailah di hospital. Hati ini berdebar ingin melihat ayah. Hati yang tidak sabar untuk melihat keadaan ayahnya menjadi berdebar. Kami pun masuk ke dalam hospital dan menuju ke destinasi yang diberitahu oleh ibuku. Sampai sahaja di lokasi yang dituju, aku memberitahu ibuku, "Ibu, akak nak tengok ayah sorang-sorang tau." Aku mahu melihat ayahku seorang diri kerana aku tidak mahu ibu melihat aku menangis. Aku mahu ibu lihat bahawa aku kuat dan dia pun akan kuat sekali. Tanpa banyak bicara, ibu hanya setuju dengan permintaanku tadi lalu ibu terus menunjukkan wad kecemasan yang menempatkan ayahku. Aku pun masuk dengan hati yang berdebar dan sisa-sisa kekuatan yang ada. Ya Allah ayah....sampainya hati mereka buat ayah macam ini. Banyak wayar di badan ayahku dan ayahku bernafas dengan bantuan oksigen. Air mata yang aku tahan mengalir dengan sangat deras. Aku menangis di hujung katil ayahku. "Ayah........" "Ayah...." "Ayah...." hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibirku. Aku tidak mampu untuk meneruskan kata-kata. Ayahku tidak seperti yang aku lihat sebelum ini. Ayahku diam terbaring di atas katil. Aku cuba untuk kuat dan berhenti menangis. Aku cuba untuk berbual dengannya. "Ayah, akak datang ni," kataku dengan nada sedih. Tiada jawapan. Ayahku diam sahaja. Selalunya, kalau nampak aku ayahlah orang yang paling suka menyakat aku tetapi kali ini dia hanya diam. "Apa ayah sudah tidak mahu bercakap dengan akak ke. Ayah merajuk dengan akak ke?"kataku lagi dan ayah masih berdiam lagi. Aku sentuh ayahku tiada tindak balas. "Ayah, akak datang ni. Ayah tak nak cakap dengan akak ke?" kataku lagi walaupun aku tahu memang tiada jawapan daripada ayahku. Oleh sebab sudah tidak mampu untuk bertahan lagi, aku pun terus keluar dan menuju ke tandas. Aku menelefon orang itu. "Hello, kau busy ke? Tengah buat apa?" kataku. "Takdelah, aku tak busy pun. Kenapa ni?" balasnya. Tanpa segan silu aku terus menceritakan semuanya dan aku menangis semahu-mahunya. Dia yang mendengar aku  menangis cuba untuk menenangkanku. Dalam beberapa minit kami berbual, aku pun mematikan talian. Aku tidak mahu mengganggunya. Hatiku berasa sedikit lega. Terima kasih awak:). 
Pada malam itu, aku dan ibuku tidur di hospital. Kami tidur di atas toto yang dibawa oleh pak cik ku. Kami tidur di satu penjuru di kawasan hospital itu. Sekali pandang, tidak ubah seperti pelarian. Aku tergelak bila mengingatinya semula. Aku jadikan itu sebagai satu pengalaman. Kami pun baring lah berdua di atas toto itu. "Ibu, ayah tu sebenarnya kenapa? Doktotr cakap apa?" kataku memulakan perbualan. "Ni ibu cerita sebab kau anak. Kau kena tau," balas ibuku. Tanda tanya yang besar terpampang di mukaku. Ibuku pun menyambung cerita. "Doktor kata ayah dah takde harapan lagi. Doktor dah tak boleh nak buat apa. Darah tinggi dan kencing manis ayah terlalu tinggi dan ayah pun ada pendarahan di otak. Tiga-tiga doktor cakap benda yang sama. Ada seorang doktor tu siap pesan supaya ibu jaga diri dengan jaga anak-anak semua.." cerita ibuku kepadaku. Pada ketikak itu mahu sahaja aku menangis semahu-mahunya dalam dakapan ibu ku tapi aku kenan kuat supaya ibuku pun kuat. Aku terus berdiam diri dan kami pun akhirnya berdiam diri dan melayani perasaan masing-masing. Beberapa minit selepas itu, aku melihat ibuku sudah tidur. Kasihan ibuku, semalam semalaman dia tidak dapat tidur. Aku biarkan sahaja ibuku tidur. Aku pergi ke satu tempat. Aku berbual dengan orang itu. Malam itu, aku dengan orang itu berbual panjang. Aku dapat melupakan sedikit kesedihan hati ketika berbual dengan dia. Aku hanya boleh mengucapkan terima kasih. kerana sudi mendengar isi hatiku dan sedikit sebanyak membuatkan aku lupa sebentar tentang kesedihan hati. Setelah agak lama kami berbual, aku memberitahunya bahawa aku sudah hendak tidur dan setelah menghabiskan sisa-sisa ayat kami pun mematikan talian. Aku pun terus berbaring sebelah ibuku dan tidur.

"Kakak, bangun. Dah pagi ni," ibu mengejutkan aku. "Alaa, ibu kejaplah. Mengantuk ni," kataku dalam keadaan mamai. "Oi, bangun. Kau ingat ni tidur kat rumah ke?' marah ibuku. Aku pun dengan hati yang malas dan mata yang mengantuk terus bangun. "Kau ni, tidur atas toto macam tidur atas katil. Liat betul nak bangun," ibu sambung memarahiku. Aku hanya tersengih seperti kerang busuk menampakkan gigiku yang kuning kerana aku belum gosok gigi. Hehehe. Ibu pun menyuruh aku pergi mandi dan setelah siap mandi apa semua kami pun bersarapan dengan juadah yang aku beli di cafe bawah di hospital. Ketika aku hendak membeli sedikit juadah untuk aku dan ibu bagi mengalas perut, aku menjadi rambang mata ketika hendak memilih kerana terlalu banyak pilihan dan semuanya nampak sedap belaka. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku membeli semuanya. Kuat makan sungguh perempuan ini, anak siapalah ini. Hihihi. Maka tidak hairanlah orang itu memanggil aku pipi tembam sebab aku kuat makan. Hahaha. Setelah siap bersarapan kami menunggu orang yang mahu melawat ayahku. Pada hari itu, ramai sangat orang yang mahu melawat ayahku. Ayah, nampakkan semua orang sayang ayah. Semua orang datang nak tengok ayah sihat jadi ayah bangunlah....

Petang itu, kami semua pulang kerana ibu pun dah agak lama tidak tengok rumah. Sebelum pulang, aku pergi melihat ayahku dulu. "Ayah, akak balik dulu. Esok akak datang lagi. Ayah kena kuat. Ayah bangunlah ye," kataku sebelum pulang dan selepas aku mencium ayahku, aku terus keluar dan pulang. Sampainya di rumah, rumah itu kelihatan sungguh sunyi dan sepi. Selalu kalau aku pulang ayah ada sambut aku pulang tetapi hari ini ayah tidak ada. Ayah di hospital. Oleh sebab kami sampai rumah pun sudah malam dan semua penat, ibu, adik dan aku tidur awal pada malam itu. Perkara ini, diulang sampailah hari aku pulang ke kolej semula. Aku pulang ke kolej pada hari Sabtu, 24 September 2016, hari itu, hanya Allah sahaja yang tau betapa beratnya hatiku untuk pulang meninggalkan ibu sendirian di hospital menjaga ayah. Tetapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, aku terpaksa pulang untuk kembali menjalani hidup sebagai seorang pelajar kolej matrikulasi yang sangatlah sibuk. Hari itu, kami sampai di hospital sedikit awal kerana aku kena gerak awal supaya tidak terlambat sampai di kolej. Hari itu, atuk dan pak cik yang hantar aku pulang. Tidak seperti kebiasaannya, ayah dan ibu yang selalu hantar aku tetapi hari itu atuk dan pak cik. Walaupun dalam hati ini memang sedih tetapi aku kenalah berlagak kuat sebab aku tidak mahu susahkan ibu. Sebelum pulang ke kolej, aku pergi melihat ayahku dahulu dan seperti biasa aku melihatnya seorang diri. Aku menyentuh tangannya. Kesian ayah, kulit ayah dah kering sebab sejuk sangat disini. Aku melihat muka ayah. Kesian ayah, mesti sejuk di sini. Aku berbisik di telinganya, "Ayah, akak dah nak balik matrik dah ni tapi ayah masih belum bangun. Ayah, bangunlah. Kitakan dah janji nak tengok wayang sama-sama lagi. Nanti akak belanja ayah tengok wayang lagi. Ayah bangunlah. Akak dah nak balik ni...ayah tak nak bangun ke...? Walaupun akak takde, ayah kena bangun ya. Akak balik dulu ayah nanti akak dah balik sini, akak datang lagi tengok ayah ya," kataku dan aku pun menyalam tangan ayah dan mencium ayah sebelum pulang. Berkali aku cium ayah. Akak harap ayah dapat rasa akak cium ayah ini. Setelah itu, aku pun keluar dan bersalam dengan ibu sebelum pulang. Selama ini ibu tidak pernah mengalirkan air mata jika aku hendak pulang ke matrik tetapi hari ini, air mata ibu mengalir. Sekali lagi, aku cuba mengabaikan itu walaupun dalam hati mahu sahaja aku peluk ibu dan menangis semahu-mahunya. Maafkan kakak ibu, kita kena kuatkan ibu?  Aku pun terus masuk ke dalam kereta bersama atuk dan pak cik. Di dalam kereta, aku hanya berdiam kan diri dan termenung. Sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab. Lebih kurang 3 jam perjalanan, sampailah aku di kolej tempat di mana aku belajar sekarang. Dengan berat hati, aku menurunkan semua barang. "Fatin jangan risau, ada atuk, nenek, dan ramai orang yang jaga ayah kat sana," pesan pak cik sebelum pulang. Aku hanya mengangguk. Air mata aku tahan dengan kuatnya. Aku pun mengucapkan terima kasih dan aku perasan atuk menangis. Ada air mata jatuh dipipi atuk. Aku melihat mereka pulang sehingga mereka hilang dari pandangan. Setelah itu, aku kembali semula ke dalam bilik dan aku sudah kembali semula sebagai pelajar matrikulasi yang sibuk.


SEMINGGU SELEPAS ITU...
Petang itu, hari Selasa 27 September 2016, aku sedang asyik berbual bersama rakan-rakanku di cafe sambil menunggu makanan siap. Kringg! Kringg! Tiba-tiba telefon bimbitku menjerit minta dijawab. Aku melihat nama ibu terpapar di skrin dan tanpa berfikir panjang, aku terus menjawab panggilan itu. "Hello, ibu?" kataku. "Kakak, ayah dah kritikal lah. Doktor kata dah effect paru-paru. Kakak jangan silent telefon ya mana tahu kalau ada emergency," kata ibuku. "Oh, okay ibu," balasku dan ibu pun terus mematikan talian. Daripada tersangatlah lapar, aku terus menjadi tersangatlah kenyang selepas mendengar berita itu. Air jernih sudah bertakung di kelopak mataku. Rakan-rakanku yang melihat aku begitu menjadi risau. "Fatin, kenapa?" kata Ainin. Aku pun menceritakan semua yang ibuku beritahu aku sebentar tadi. Mereka semua cuba menenangkan aku. Selepas itu, makananku pun siap, aku hanya makan sedikit kerana selera yang tadinya membuak sepertii raksasa telah lenyap. Selepas semua siap makan, kami pun beredar ke bilik masing-masing. Sebenarnya, minggu itu aku sudah berniat tidak mahu pulang kerana memikirkan kerja yang menimbun dan aku fikir hendak study kerana minggu itu kami cuti selama 4 hari. Kepala ku mulai serabut tetapi aku biarkan sahaja memandangkan aku pun mempunya kerja yang sangat banyak untuk disiapkan. Malam itu, seperti biasa aku menyiapkan kerja di bilik tutor bersama temanku dan pulang tepat jam 10 seperti kebiasaannya tetapi malam itu, aku seperti tidak bersemangat dan berasa tersangatlah sedih. Aku sendiri tidak faham kenapa. Sampai sahaja di bilik, aku terus solat Isyak, dan menyambung kerjaku yang masih belum siap. Lebih kurang pukul 1 pagi, aku terus tidur.

Kringg! Kringg! Kringggg! Telefonku menjerit minta dijawab. "Hello," kataku dalam keadaan mamai kerana masa itu aku masih tidur. "Kakak, ibu rasa kau kena balik jugak hari ni," kata ibuku. Oh, ibu rupanya. "Ibu akak balik esok je lah hari ni akak ada 2 lab lepastu dah 2 kali tak masuk," kataku lagi dalam keadaan mamai. "Tak boleh kak, kau balik jugak hari ni," kata ibuku lagi. Oleh sebab aku masih mamai aku meminta ibu untuk telefon semula nanti. "Ibu, call nanti boleh tak?" pintaku lalu ibu pun terus mematikan talian. Aku pun terus menyambung tidur tetapi kepala ku terus berfikir mengapa ibu suruh balik hari ini dan aku fikir kalau balik hari ini, aku ada experiment dan dah 2 kali tak masuk lab computer. Akhirnya, aku terus bangun dan menghantar whatsapp kepada ibuku.
                  
                   Fatin : Ibu, kenapa ibu suruh akak balik hari ini? Akak balik esok je boleh tak?
                               Hari ni akak macam ada banyak benda nak buat. Lagipun esok memang
                               dibenarkan balik.
                    Ibu : Ibu cakap kau tak faham-faham jadi ibu cakaplah terus terang. Akak,
                             sedekahkan AlFatihah untuk ayah. Allah lebih sayangkan ayah.

Selepas membaca whatsapp daripada ibu, aku terus menelefon ibu. "Hello," kataku dengan perlahan dan air mata ku terus mengalir dengan derasnya. "Habistu, ibu cakap kau tak faham-faham ibu cakaplah terus. Akak janganlah nangis. Nanti Wak Lias yang ambil kakak kat sana," beritahu ibuku. "Hmmm....," itu sahaja yang aku mampu. Selepas bercakap dengan ibu aku sambung menangis sendirian dan aku terus menghantar whatsapp kepada orang itu. "Ayah dah takde. Ayah dah pergi.. Allah lebih sayangkan dia kan awak...." Selepas itu, aku kuatkan diri pergi mandi. Aku tahan air mata aku tahan diri daripada menangis semahu-mahunya. Setelah siap mandi dan solat Subuh, aku hanya berbaring di katil. Aku tiada semangat. Semangatku dah hilang. Aku hanya membaca mesej dan whatsapp yang dihantar oleh rakan-rakanku setelah aku memberitahu mereka tentang ayahku. Aku tahan. Aku kena kuat. Sebelum roommateku pergi ke kelas, mereka mengucapkan takziah dan mereka cuba menenangkanku. Selepas semua sudah pergi ke kelas, tinggallah aku di dalam bilik seorang diri. Tiba-tiba telefonku berbunyi dan panggilan itu daripada ibu. "Kakak, ibu dah call hep. Dia suruh akak datang sana sekarang," kata ibu. "Okay,"balasku ringkas. Aku pun bergegas ke hep. Dalam perjalanan ke hep, aku terdetik di hati bahawa memang ingin berjumpa dengan orang itu sebelum balik tapi dia ada kelas. Sampai di hep, aku mengisi borang semua dan mereka memberikanku cuti selama 5 hari. Setelah selesai semuanya, aku pun menuju kembali ke bilik. Dalam perjalanan hendak ke bilik, kebetulan, aku terserempak dengan dia. "Ya Allah, terima kasih sangat," aku berkata dalam hati. "Kau okay tak ni?" katanya memulakan bicara. "Hmm, okaylah...," balasku. "Kau dari mana ni? Takde kelas ke?" sambungku lagi. "Aku dari cafe. Kelas aku cancel," balasnya. "Oh, aku dari hep ni. Isi borang semua," kataku. "Oh, kau balik bila?" dia bertanya. "Kejap lagi kot. Mak aku kata dah gerak," kataku. "Oh. So kau balik biliklah ni?" dia bertanya. "Haah. Kau pun nak pergi mana?" tanyaku. "Aku duduk kat mana-manalah. Call je kalau ada apa-apa," katanya. "Okay," balasku lalu kami pun bawa haluan masing-masing. Belum sempat sampai bilik, "Hello...," kataku dalam nada lemah. "Ye, hello. Kenapa ni?" tanyanya. "Aku tak okay...Aku tak okay langsung.. Masa kau tanya tadi aku tak okay..." kataku sambil menangis. "Jangan nangis. Kau kena kuat. Lap air mata tu," katanya. "Hmmmmm... Takpelah, aku tak nak kacau kau. Kau pergilah baca apa-apa ke. Kejap lagi ada kelas kan?" balasku. "Yelah tapi kalau ada apa-apa call je tau. Aku ada je kat sini untuk kau," katanya. "Okay..bye belajar elok-elok," balasku. "Bye. Kau pun balik elok-elok," pesannya dan talian pun di matikan.Terima kasih lagi sekali. Tidak lama kemudian, Zu menelefonku. "Fatin kat mana?" tanyanya. "Bilik. Kenapa?" jawabku. "Takde pape. Tunggu je situ," katanya. "Hah, okay," balasku. Tok! Tok! Tok! Pintu bilikku diketuk. "Kejap," kataku. Aku pun membuka pintu dan aku melihat Zu, Ainin dan Mieqa datang. Mereka semua memberikan aku semangat. Ainin memelukku. Aku terharu sangat mereka sanggup datang walaupun ada kelas. Selepas itu, mereka membantu aku mengangkat barangku ke bawah. Usai membantu aku mengangkat barang, mereka pun bergegas kembali ke kelas. Terima kasih sangat sudi datang sebelum aku balik. Kring! Kring! Kring! Telefon ku berdering. "Helo, Fatin, cik dah sampai ni," kata pak cik ku. "Oh, okay," balasku. Aku melihat keretanya sudah sampai di hadapan blok c iaitu blok yang aku diami sekarang ini lalu pak cik itu dan anaknya membantu aku mengangkat barang dan kami pun bergegas pulang. Pada ketika itu, aku rasa seperti menaiki kereta F1. Aku rasa pak cik ku bekas pelumba F1. Kereta itu seperti terbang. Dia membawa kereta tersangatlah laju. Ya Allah, takutnya hanya Tuhan saja yang tahu. Dalam kereta itu aku hanya diam. Hati kecilku hanya memanggil ayah. "Ayah, cepatnya ayah pergi. Ayah...."

Selama lebih kurang 1 jam lebih memandu, yalahkan bawa kereta seperti di gelanggang F1, mana tidaknya 1 jam sahaja dari Tangkak ke Pontian, aku pun sampai di rumah nenekku. Ibu sudah memberitahu ku bahawa jenazah ayah akan dibawa ke rumah nenek. Sebelum memasuki rumah nenek, aku lihat terdapat banyak kereta dan ramai orang di halaman rumah nenek. Hatiku menjadi semakin sayu. Aku merasakan seperti dalam mimpi. Setelah pak cik itu memarkir kereta dan mengucapkan terima kasih kerana membawa aku pulang, aku pun masuk ke dalam rumah. Ramainya orang didalam rumah ketika itu. Aku pun bersalaman dengan semua mak cik yang ada lalu aku meletakkan barang di dalam bilik. Selepas itu, aku keluar. "Nak duduk sini dengan mak lah," kataku. Mak merupakan orang yang menjagaku ketika aku kecil jika ibu pergi kerja sehinggalah aku besar. Aku memang rapat dengan mak dan family dia. Aku pun duduklah di hadapan mak dan ketika itu mak terus memelukku dan aku terus menangis. Air mata yang aku cuba tahan dari kolej tadi akhirnya mengalir juga di dalam dakapan mak. Aku menangis semahu-mahunya dalam dakapan mak. Lama juga aku dan mak menangis. Ketika itu, semua orang yang berhampiran dengan kami pun turut menangis. Kami semua menunggu jenazah dengan penuh berdebar. Aku menunggu ayah untuk pulang. Ayah, akak dah sampai ni. Tidak lama selepas itu, bunyi van kedengaran di luar. Semua orang kecoh mengatakan jenazah sudah sampai. Ketika itu, orang ramai mengusung jenazah ayahku masuk ke dalam rumah.Ayah dah sampai rumah tetapi kenapa orang yang angkat ayah. Kakak di sini ayah. Ayah nampak akak tak?  Aku melihat mata adikku sudah merah dan dia memegang tuala di tangannya. Ibu sudah mencari aku supaya pergi dekat dengannya. "Kakak, mari sini dengan ibu dan adik," kata ibu.  Mayat ayahku yang sudah siap dikapankan dibuka. "Akak pergi cakap dengan ayah. Kesat air mata. Jangan sampai air mata kena ayah," pesan ibu. Dengan sisa kekuatan yang ada aku pun pergi dekat dengan ayahku. Aku cium dia aku usap kepalanya. "Ayah, ni akak. Ayah jangan risau akak jaga adik dengan ibu kat sini. Ayah jaga diri kat sana. Nanti kalau ayah nak datang melawat kitaorang ayah bagitau tau. Akak sayang ayah," kataku sambil mengusap kepala ayahku. Aku cium dia seperti tidak mahu melepaskannya pergi tetapi apakan daya Allah lebih sayangkan ayah, aku kena reda dan terima pemergian ayah. Hari itu, kali terakhir aku cium ayah, kali terakhir aku lihat wajahnya dan kali terakhir aku dapat menyebut perkataan ayah... Beberapa minit selepas itu, ayahku dibungkus kembali. Ayah sudah hendak dibawa ke rumah baru. Aku, ibu dan adik ikut pergi hantar ayah ke rumah baru ayah. Usai ayah disolatkan, ayah sudah hendak masuk ke dalam rumah baru. Ayah, rumah baru ayah ini nampak macam suram. Tidak mengapa, nanti akak datang bawa banyak bunga hias rumah baru ayah ini ya. Semua orang bantu ayah masuk rumah baru sebab ayah dah tidak mampu buat apa-apa. Akak, ibu dan adik hanya mampu melihat ayah masuk rumah baru. Lepas ni, ayah dah tak duduk dengan kitaorang. Lepas ni, kitaorang tinggal bertiga je. Ayah dah masuk dalam rumah baru dah. Orang pun dah timbus dengan tanah. Selamat jalan ayah. Selamat jalan untuk selamanya. Akak, ibu dengan adik tidak akan lupakan ayah. Ayah selalu dalam hati dan ingatan kami.

Malam itu, aku duduk bersendirian di luar sambil memandang langit. Ayah tengah tengok akak, adik dengan ibu dari atas ke tu? Malam itu, kenangan bersama ayah kuat dalam ingatan. 18 tahun hidup bersama ayah banyak kenangan yang kita ada kan ayah. Ayah seorang yang garang dan tegas. Ayah jarang berbual dengan anak dia dan muka ayah pun nampak garang dan mungkin sebab tu anak-anak ayah takut dengan ayah tapi walaupun ayah nampak garang tapi kalau masa ayah nak bergurau, ayahlah ayah paling friendly. Ayah kalau gurau kalah budak-budak. Hahaha. Ayah dikurniakan 2 orang anak. Perempuan dan lelaki. Memang patut pun Allah kurniakan ayah 2 orang je anak sebab kalau gaduh hah amek kau macam dalam cicus bisingnya. Terjerit-jerit. Kalau tengok pun dah tau kan siapa ketua cari gaduh dan suka jerit-jerit. Hehehe. Kalau nak raya, ayahlah orang paling semangat. Awal lagi ayah dah ajak beli bunga, beli kuih raya, kemas rumah and pasang lampu pelita. Ayah memang pencinta bunga. Kat rumah tu sampai dah tak tau nak letak mana lagi bunga. Lepas ni, raya mesti suram je sebab ayah dah takde. Nanti raya tinggal kami bertiga je. Kalau tak, ayah memang akan bebel dekat anak perempuan dia sorang tuh haa. Tak reti kemas lah, tak reti masaklah, apalah. Bebelan itulah yang anak perempuan dia tu akan rindu. Tapi sejak akhir-akhir ni, ayah dah mula selalu bergurau dengan anak dia. Bila ayah dah mula bergurau, anak perempuan dia lah yang paling terharu sebab dia merasakan lebih rapat dan lebih manja dengan ayah. Kenangan terakhir dia dengan ayah, ayah gurau pasal orang itu. Ayah suka sangat orang itu. Padahal jumpa baru sekali tu pun tak lama tapi ayah macam berkenan kat dia and ibu pun. Terima kasih kat orang tu sebab disebabkan dia seorang anak perempuan lebih rapat dengan ayah dia. Ayah, rasanya baru semalam akak dapat bermanja dengan ayah, baru sekejap akak dapat dengar suara ayah, hari ni ayah dah pergi. Lepas ni, akak dah takde siapa nak dipanggil ayah. Dulu kalau rindu boleh call, balik rumah boleh jumpa tapi sekarang rindu itu hanya boleh disampaikan melalui doa dan kenangan itu takkan pernah pudar. Ayah terima kasih untuk kasih sayang selama 18 tahun ni. Terima kasih kerana dah menjadi ayah yang baik. Akak, ibu and adik akan selalu rindukan ayah. Kami akan selalu melawat ayah kat rumah baru. Terimam kasih untuk segalanya ayah. Semoga ayah tenang di sana. Selamat jalan ayahandaku sayang. Anakandamu ini amat merinduimu. Allah, tolong sampaikan salam rinduku padanya. AlFatihah. Suratman bin Kundari ( 2 September 1969 - 28 September 2016 )

Love, Fat.


Layout by: Quincy Fadul